3 tiers Cakes + Cupcakes - Gold & White Theme...
-
Order dari *kakak mas* (tak sure la namanya...).. dulu mas pernah order dgn
aku (3 tiers pink & white)... skarang ni turn kakaknya... tema yg diminta
gold ...
Friday, October 29, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Monday, July 12, 2010
Fancy Cookies
My work.Class Fancy Cookies taught by Chef June.Thank you chef.Bagi sesiapa yang berminat nak belajar buat fancy cookies ini boleh hubungi saya untuk booking class bertempat di premis saya Sugarflowers Cakes And Cookies,Taman Pulai Flora,Skudai,Johor.
Kelas Aneka Tartlets
Kelas aneka tartlets khusus untuk tetamu istemewa,Tauke Restoran Tungku Impian.
Terima kasih Sal di atas sokongan anda.
Tuesday, June 29, 2010
Fondant Cake
Hasil usahaku yang mengecewakan.Kesilapan yang tak akan ku ulangi lagi selagi hayat dikandung badan.
Tuesday, April 27, 2010
Birthday Cupcakes Edible image-Upin dan Ipin
Happy Birthday To Ibrahim.Order dari Cikgu Zakiah Abdullah untuk anakanda tersayang Ibrahim.
Thank you so much for your support.Hope you like it.
Thank you so much for your support.Hope you like it.
Birthday CupCakes
Happy Birthday To You Amirah.Order dari Cikgu Suzana Sidek untuk anakanda tersayang Amirah Amiruddin. Terima kasih diatas sokongan anda.
Friday, April 9, 2010
Fondant And Gumpaste- Wedding Cake
Hasil Kerjaku Wilton Course
Dah tengok? Anda berminat nak belajar teknik-teknik membuat kek fondant ni?Datanglah beramai-ramai
mendaftar di Sugarflowers The Baking House yang akan dibuka tak lama lagi.
Dah tengok? Anda berminat nak belajar teknik-teknik membuat kek fondant ni?Datanglah beramai-ramai
mendaftar di Sugarflowers The Baking House yang akan dibuka tak lama lagi.
Thursday, April 8, 2010
Mesin Pasta Master Falcon
Atas permintaan dari anak didik suamiku,yang ingin nak tengok bentuk keseluruhan mesin pasta master falcon ni,di sini dipaparkan gambar mesin tersebut.Mesin ini pelbagai guna.Selain boleh buat mee, ia juga boleh digunakan untuk membuat biskut raya, kerepek, muruku, roti, pizza dan sebagainya.Dah tengok? Puas hati? Beli jangan tak beli.
Tart Nenas Gulung
Mabuk dengan mesin pasta master falcon.Tart ini dibuat dengan menggunakan mesin pasta master ni
Resepinya ikut dalam buku manual yang diberi.Kulit pastrynya rapuh dan gebu. Inilah hasilnya.
Friday, March 19, 2010
Mee Bandung Special
Jom masak mee bandung hari ini.
Mee bandung Special
Bahan-bahannya:
500 gm mee kuning
20 ekor udang besar
2 pokok sawi
30 sen taugeh
1 batang karot-hiris bulat
3 biji telur
Bahan untuk kuah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan udang kering-cuci dan toskan
(semua bahan di atas dihirs dan diblendkan bersama)
3 sudu makan cili kisar
1/2 cawan sos tomato (jenama life)
2 cawan sos cili (jenama life)
sedikit garam dan gula
4 atau 5 mangkok air
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar.
3. Apabila dah naik bau,masukkan pula cili kisar.
4. Tumis sehingga garing.
5. Dah garing barulah masukkan sos tomato dan sos cili
6. Gaul rata dan masukkan air.Didihkan kuah sehingga sedikit pekat
7. Kemudian baru masukkan udang,garam dan gula. Didihkan lagi
8. Apabila kuah dah agak-agak pekat sedikit,baru masukan karot.
9. Pecahkan telur dan biarkan ia mengeras
10. Apabila karot lembut sedikit, baru masukkan mee kuning.
11. Masukkan pula sayur sawi, dan taugeh. biarkan mendidih dan tutup api.
12. Angkat, sendukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.
Cubalah resepi ni, pasti menjilat jari.My hubby kata sedap.Tengok gambar di bawah ni, sungguh berselera sekali suamiku.
Labels:
Mee
Thursday, March 18, 2010
Mee Kuning Buatan Sendiri
Hari ini terrajin sangat nak buat mee buatan sendiri.Aku cuba guna mesin pasta master falcon untuk membuat mee ni.Wah!sungguh menakjubkan.Daku berjaya membuat mee yang begitu cantik dengan menggunakan resepi yang disertakan.Cuma kita tambahkan sedikit bahan lain.Jika sesiapa yang ingin mencuba,kita muatkan resepinya bersama seperti tentera di bawah ini.
Mee Kuning
Bahan-bahannya:
480gm tepung gandum
220ml air biasa
1 biji telur
1 sudu teh air abu
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit minyak
Cara Membuatnya:
1. Larutkan garam di dalam air.
2. Masukkan air abu ke dalam larutan air garam tadi.
3. Masukkan telur dan perwarna kuning dan kacau sehingga telur hancur.
3. Ayak tepung, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi
ke dalam mesin pasta master falcon.
4. Putar mesin, dan masukkan air larutan garam dan telur tadi
ke dalam tepung sambil digaul.
5. Gaul sehingga tepung menjadi doh.
6. Apabila tepung sudah menjadi doh, tukarkan button mixer
kepada button extrude untuk mengeluarkan mee
7. Tunggu mee keluar sehingga habis.
8. Akhir sekali celur mee ke dalam air menggelegak yang bercampur
sedikit minyak masak.
9. Toskan airnya sehingga kering.Biarkan sejuk sedikit dan barulah
boleh dileraikan dengan menggunakan minyak masak.
------------Selamat Mencuba---------------------
Inilah hasilnya....Mee kuning yang telah siap dicelur.Pastu..nak buat apa?...Jom kita masak mee hari ini.Bye...
Labels:
Mee
Saturday, March 13, 2010
The Making of Blueberry Cream Cheese Tartlets
Langkah Pertama: Masukkan pastry dan bentukkan ke dalam acuan tartlet dan bakar selama 20 minit dengan suhu 160 darjah celsius.
Langkah Kedua: Setelah masak,keluarkan dari oven dan sejukkan. Setelah sejuk, keluarkan kulit tarlet dari acuan.
Langkah Ketiga: Sudukan blueberry filling ke dalamnya.
Langkah Keempat: Paipkan cream cheese filling menutupi blueberry filling
Langkah Kelima :Lorekkan corak ke atas cream cheese filling dengan menggunakan blueberry filling. Bakar lagi kali kedua sehingga cream cheese naik menggelembung lebih kurang 10 minit lagi
Langkah keenam: Setelah masak,keluarkan dari oven dan sejukkan.Setelah sejuk, masukkan tartlets ke dalam paparcup.
Langkah Terakhir: - Pembungkusan- Masukkan dan susun dalam bekas dengan kemas
Harga RM 15.00 (mengandungi 25 biji tartlets )
Harga RM 30.00 (mengandungi 50 biji tartlets )
Labels:
Tarts
Blueberry Cream Cheese Tartlets
Blueberry Cream Cheese Tartlets
Minggu ini order boleh tahan.Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa menyokongku.
Blueberry Cream Cheese Tartlets
Bahan Pastry
250gm butter
80gm gula icing
1 biji telur
1tsp esen vanilla
500gm tepung gandum
Cara Membuatnya:
1. Pukul butter dan gula icing,kemudian masukkan telur dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Tekan doh dalam acuan tartlets kecil.
4. Bakar separuh masak.
5. Masukkan blueberry filling dan tutup dengan cream cheese filling.
6. Buat corak di atas cream cheese filling.
7. Bakar semula lebih kurang 20 minit lagi- suhu 160 darjah celsius
Cream Cheese Filling
Bahan-bahannya:
250gm cream cheese
20gm butter
50 gm gula castor
1 biji telur
25gm whipping cream
15gm tepung gandum
Cara Membuatnya:
1. Putar cream cheese, butter dan gula castor hingga licin.
2. Kemudian masukkkan telur dan whipping cream.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum.
-------------SELAMAT MENCUBA.......................
Blueberry Cream Cheese Tartlets
Bahan Pastry
250gm butter
80gm gula icing
1 biji telur
1tsp esen vanilla
500gm tepung gandum
Cara Membuatnya:
1. Pukul butter dan gula icing,kemudian masukkan telur dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Tekan doh dalam acuan tartlets kecil.
4. Bakar separuh masak.
5. Masukkan blueberry filling dan tutup dengan cream cheese filling.
6. Buat corak di atas cream cheese filling.
7. Bakar semula lebih kurang 20 minit lagi- suhu 160 darjah celsius
Cream Cheese Filling
Bahan-bahannya:
250gm cream cheese
20gm butter
50 gm gula castor
1 biji telur
25gm whipping cream
15gm tepung gandum
Cara Membuatnya:
1. Putar cream cheese, butter dan gula castor hingga licin.
2. Kemudian masukkkan telur dan whipping cream.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum.
-------------SELAMAT MENCUBA.......................
Labels:
Tarts
Subscribe to:
Posts (Atom)