Alamat Tempat Kursus

Class Schedule 2010

Monday, November 15, 2010

Kek Lapis Asam Manis

Kek Lapis Asam Manis
Loyang 8x8x3/9x9x3
Bahan-bahannya:

Bahan A
500gm Butter (I used Anchor)
4 tbs susu pekat manis

Bahan B
10 biji putih telur

Bahan C
15 biji kuning telur
400gm gula castor
2 tbs ovalette
2 tsp esen vanilla

Bahan D
300gm biskut marie

Cara-cara:
1. Pukul bahan A hingga pekat.Ketepikan
2. Campurkan bahan B dan pukul bahan B hingga sebati.Ketepikan
3. Campurkan semua bahan C dan pukul hingga putih dan gebu
4. Kemudian campurkan bahan D ke dalam C dan gaul rata.
5. Masukkan pula bahan A tadi dan kaupbalikkan. Akhir sekali
    masukkan pula bahan B dan gaul rata hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian,satu bahagian
    diwarnakan warna hijau dan satu lagi biarkan warna asal/kuning
7. Ambil 5 atau 6 sudu makan warna asal ,dan ratakan di dalam
    acuan.
8. Lapisan pertama bakar dengan api bawah,kemudian bakar lagi
    dengan api atas atau grill.
9. Kemudian buat lapisan kedua dan bakar lagi dengan api atas
    selapis demi selapis sehingga habis.
    Taburkan asam manis ke atas setiap lapisan asal/kuning.


No comments:

Post a Comment