Alamat Tempat Kursus

Class Schedule 2010

Friday, March 19, 2010

Mee Bandung Special


















Jom masak mee bandung hari ini.
Mee bandung Special
Bahan-bahannya:
500 gm mee kuning
20 ekor udang besar
2 pokok sawi
30 sen taugeh
1 batang karot-hiris bulat
3 biji telur

Bahan untuk kuah
 1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan udang kering-cuci dan toskan
(semua bahan di atas dihirs dan diblendkan bersama)
3 sudu makan cili kisar
1/2 cawan sos tomato (jenama life)
2 cawan sos cili  (jenama life)
sedikit garam dan gula
 4 atau 5 mangkok air

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar.
3. Apabila dah naik bau,masukkan pula cili kisar.
4. Tumis sehingga garing.
5. Dah garing barulah masukkan sos tomato dan sos cili
6. Gaul rata dan masukkan air.Didihkan kuah sehingga sedikit pekat
7. Kemudian baru masukkan udang,garam dan gula. Didihkan lagi
8. Apabila kuah dah agak-agak pekat sedikit,baru masukan karot.
9. Pecahkan telur dan biarkan ia mengeras
10. Apabila karot lembut sedikit, baru masukkan mee kuning.
11. Masukkan pula sayur sawi, dan taugeh. biarkan mendidih dan tutup api.
12. Angkat, sendukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Cubalah resepi ni, pasti menjilat jari.My hubby kata sedap.Tengok gambar di bawah ni, sungguh berselera sekali suamiku.

Thursday, March 18, 2010

Mee Kuning Buatan Sendiri


Hari ini terrajin sangat nak buat mee buatan sendiri.Aku cuba guna mesin pasta master falcon untuk membuat mee ni.Wah!sungguh menakjubkan.Daku berjaya membuat mee yang begitu cantik dengan menggunakan resepi yang disertakan.Cuma kita tambahkan sedikit bahan lain.Jika sesiapa yang ingin mencuba,kita  muatkan resepinya bersama seperti tentera di bawah ini.

Mee Kuning Buatan Sendiri

















Mee Kuning
Bahan-bahannya:
480gm tepung gandum
220ml air biasa
1 biji telur
1 sudu teh air abu
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit minyak

Cara Membuatnya:
1. Larutkan garam di dalam air.
2. Masukkan air abu ke dalam larutan air garam tadi.
3. Masukkan telur dan perwarna kuning dan kacau sehingga telur hancur.
3. Ayak tepung, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi
ke dalam mesin pasta master falcon.
4. Putar mesin, dan masukkan air larutan garam dan telur tadi
ke dalam tepung sambil digaul.
5. Gaul sehingga tepung menjadi doh.
6. Apabila tepung sudah menjadi doh, tukarkan button mixer
kepada button extrude untuk mengeluarkan mee                                   
7. Tunggu mee keluar sehingga habis.
8. Akhir sekali celur mee ke dalam air menggelegak yang bercampur
sedikit minyak masak.
9. Toskan airnya sehingga kering.Biarkan sejuk sedikit dan barulah
boleh dileraikan dengan menggunakan minyak masak.
    
                     ------------Selamat Mencuba---------------------


















Inilah hasilnya....Mee kuning yang telah siap dicelur.Pastu..nak buat apa?...Jom kita masak mee hari ini.Bye...

Saturday, March 13, 2010

The Making of Blueberry Cream Cheese Tartlets


Langkah Pertama: Masukkan pastry dan bentukkan ke dalam acuan tartlet dan bakar selama 20 minit dengan suhu 160 darjah celsius.
Langkah Kedua: Setelah masak,keluarkan dari oven dan sejukkan. Setelah sejuk, keluarkan kulit tarlet dari acuan.
Langkah Ketiga: Sudukan blueberry filling ke dalamnya.
Langkah Keempat: Paipkan cream cheese filling menutupi blueberry filling
Langkah Kelima :Lorekkan corak ke atas cream cheese filling dengan menggunakan blueberry filling. Bakar lagi kali kedua sehingga cream cheese naik menggelembung lebih kurang 10 minit lagi
Langkah keenam: Setelah masak,keluarkan dari oven dan sejukkan.Setelah sejuk, masukkan tartlets ke dalam paparcup.
Langkah Terakhir: - Pembungkusan- Masukkan dan susun dalam bekas dengan kemas                                                                                                                                                     
Harga RM 15.00 (mengandungi 25 biji tartlets )
Harga RM 30.00 (mengandungi 50 biji tartlets )
Boleh membuat tempahan bila-bila masa melalui pesanan ringkas SMS Ke No.Tel 013-7390251                                                                                                                                                                                                                                 

Blueberry Cream Cheese Tartlets


















Blueberry Cream Cheese Tartlets
Minggu ini order boleh tahan.Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa menyokongku.

Blueberry Cream Cheese Tartlets

Bahan Pastry
250gm butter
80gm gula icing
1 biji telur
1tsp esen vanilla
500gm tepung gandum

Cara Membuatnya:
1. Pukul butter dan gula icing,kemudian masukkan telur dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Tekan doh dalam acuan tartlets kecil.
4. Bakar separuh masak.
5. Masukkan blueberry filling dan tutup dengan cream cheese filling.
6. Buat corak di atas cream cheese filling.
7. Bakar semula lebih kurang 20 minit lagi- suhu 160 darjah celsius

Cream Cheese Filling

Bahan-bahannya:
250gm cream cheese
20gm butter
50 gm gula castor
1 biji telur
25gm whipping cream
15gm tepung gandum

Cara Membuatnya:
1. Putar cream cheese, butter dan gula castor hingga licin.
2. Kemudian masukkkan telur dan whipping cream.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum.
-------------SELAMAT MENCUBA.......................