Alamat Tempat Kursus

Class Schedule 2010

Friday, March 19, 2010

Mee Bandung Special


















Jom masak mee bandung hari ini.
Mee bandung Special
Bahan-bahannya:
500 gm mee kuning
20 ekor udang besar
2 pokok sawi
30 sen taugeh
1 batang karot-hiris bulat
3 biji telur

Bahan untuk kuah
 1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan udang kering-cuci dan toskan
(semua bahan di atas dihirs dan diblendkan bersama)
3 sudu makan cili kisar
1/2 cawan sos tomato (jenama life)
2 cawan sos cili  (jenama life)
sedikit garam dan gula
 4 atau 5 mangkok air

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar.
3. Apabila dah naik bau,masukkan pula cili kisar.
4. Tumis sehingga garing.
5. Dah garing barulah masukkan sos tomato dan sos cili
6. Gaul rata dan masukkan air.Didihkan kuah sehingga sedikit pekat
7. Kemudian baru masukkan udang,garam dan gula. Didihkan lagi
8. Apabila kuah dah agak-agak pekat sedikit,baru masukan karot.
9. Pecahkan telur dan biarkan ia mengeras
10. Apabila karot lembut sedikit, baru masukkan mee kuning.
11. Masukkan pula sayur sawi, dan taugeh. biarkan mendidih dan tutup api.
12. Angkat, sendukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Cubalah resepi ni, pasti menjilat jari.My hubby kata sedap.Tengok gambar di bawah ni, sungguh berselera sekali suamiku.

No comments:

Post a Comment