Alamat Tempat Kursus

Class Schedule 2010

Thursday, March 18, 2010

Mee Kuning Buatan Sendiri


Hari ini terrajin sangat nak buat mee buatan sendiri.Aku cuba guna mesin pasta master falcon untuk membuat mee ni.Wah!sungguh menakjubkan.Daku berjaya membuat mee yang begitu cantik dengan menggunakan resepi yang disertakan.Cuma kita tambahkan sedikit bahan lain.Jika sesiapa yang ingin mencuba,kita  muatkan resepinya bersama seperti tentera di bawah ini.

Mee Kuning Buatan Sendiri

















Mee Kuning
Bahan-bahannya:
480gm tepung gandum
220ml air biasa
1 biji telur
1 sudu teh air abu
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit minyak

Cara Membuatnya:
1. Larutkan garam di dalam air.
2. Masukkan air abu ke dalam larutan air garam tadi.
3. Masukkan telur dan perwarna kuning dan kacau sehingga telur hancur.
3. Ayak tepung, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi
ke dalam mesin pasta master falcon.
4. Putar mesin, dan masukkan air larutan garam dan telur tadi
ke dalam tepung sambil digaul.
5. Gaul sehingga tepung menjadi doh.
6. Apabila tepung sudah menjadi doh, tukarkan button mixer
kepada button extrude untuk mengeluarkan mee                                   
7. Tunggu mee keluar sehingga habis.
8. Akhir sekali celur mee ke dalam air menggelegak yang bercampur
sedikit minyak masak.
9. Toskan airnya sehingga kering.Biarkan sejuk sedikit dan barulah
boleh dileraikan dengan menggunakan minyak masak.
    
                     ------------Selamat Mencuba---------------------


















Inilah hasilnya....Mee kuning yang telah siap dicelur.Pastu..nak buat apa?...Jom kita masak mee hari ini.Bye...

No comments:

Post a Comment